Selepas apa yang telah terjadi, aku seakan telah hilang keyakinan yang ada pada diri ku ini. Aku rasa seperti seorang insan yang banyak sangat kekurangan pada diri. Hati ini mahu membesar menjadi seorang manusia yang di sukai oleh semua. Pentingkah semua itu? Matikah aku tanpa semua itu? Hidupkah aku dengan semua itu?
Sebenarnya hati ini berasa sangat kosong. Ia mahukan sedikit perhatian. Ia berasa iri hati pabila melihat orang lain berjaya dan sangat gembira dengan hidup mereka. Ia cemburu dengan manusia yang di kelilingi, di lindungi dan di sayangi oleh kawan-kawan mereka. Ia berasa tidak puas hati tentang kekurangan pada diri ini.
Di dalam hidup kita ini, pasti ada perasaan kecewa. Kecewa pabila sesuatu yang kita mahu, sayang, cinta, terlepas daripada genggaman tangan. Keinginan yang membuak-buak di dada yang tidak kesampaian. Sebagai insan yang sering kali manusia datang dan pergi di dalam hidup ini, aku mempunyai banyak kehendak dan keinginan aku sendiri.
Tetapi, apakah daya? kadang-kala di dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan dicapai. Dan yang paling penting sekali, sangatlah susah untuk menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.
No comments:
Post a Comment