Bulan April sudah menjelma. Pedih, pahit, sengsara, kecewa, masih mahu menetap di dalam hati. Mereka seolah-olah seperti parasit kian hari menyedut darah di mana sumber kuat dan tabah hati ku ini mengalir. Kadang-kala ada masa itu aku duduk diam diri di balcony rumah sambil memandang kearah bintang-bintang yang bersinar dengan cerahnya walaupun di kelilingi langit gelap, aku tanya diri aku ini. Apa yang mempenjarakan senyuman aku?
Adakah kerana ditinggalkan?
Adakah kerana dikecewakan?
Adakah kerana dilupakan?
atau
Kerana cinta itu telah di tiup jauh dan ia tidak mahu kembali?
Aku tinggal bagai di dalam istana megah. Tempat paling tinggi yang aku pernah cecah di tanah Brisbane ni. Dinding konkrit sejuk merupakan teman baik ku, dia seorang sahaja melihat dan mendengar rintihan hatiku bila sunyi dan sepi menziarahi pada waktu malam. Aku rindu pada diri aku yang dulu. Aku rindu mahu gelak sampai menangis. Aku rindu mahu memeluk teman rapat ku. Aku rindu bila sunyi, ada kekasih temankan aku. Semua itu, telah terbang jauh meninggalkan aku di sini. Walau bagaimana aku usahakan, tidak ada guna. Bebal. Futile. Useless. Hopeless. No use. Inevitable. Kerana hati mereka bukan milik aku. Ia di luar genggaman tangan aku.
What can you do when your good is not good enough?
Because my best intention keep making a mess of things.
How many times will it take? How many times it takes for me to get right?
2 comments:
when ur good is not good enough then they clearly don't deserve u
Reez: really? so just let go?
Post a Comment