Kadang-kadang, walaupun kita sudah mengambil keputusan untuk berjalan meninggalkan keperitan hidup ini, memang lumrah naluri kita sebagai manusia untuk masih terasa serpihan-serpihan kaca kenangan lampau itu. Kita akan disebulingi dengan rasa sayu untuk melepaskan apa yang selama ini kita lindungi, sanjung dan peluk erat-erat. Kita tidak mahu dia pergi dari dakapan tangan kita.
Tetapi bukalah mata itu wahai manusia. Dia sudah lama pergi meninggalkan kau. Dia melepaskan diri daripada ruangan antara jari-jari kau. Tiada apa lagi yang perlu di tunggu, di kenang, di pegang, di junjung, di fikirkan. Kau menunggu seseorang yang sudah berubah hati dan perasaan. Manusia yang kau tunggu itu bukan dia lagi.
"When people walk away from you, let them go. Your destiny is never tied to anyone who leaves you" - Tony McCollum.
Aku tahu. Setiap langkah yang kau ambil itu sungguh perit buatmu. Kau rasa serba salah. "Patutkah aku terus putuskan hubungan dengan dia? Mungkin kita masih boleh menjadi kawan? Teman?"
Biar aku berikan jawapan persoalan itu untuk kau, Jika kau sayangkan diri sendiri, jangan. Jika kau masih sayangkan dia, jangan. Jika kau tidak mahu perkara ini bertambah lagi teruk, jangan. Jangan, jawapan aku. Buat masa sekarang kamu berdua perlukan masa masing-masing untuk memahami apakah maksud itu putus cinta.
Dan jika kau telah mengambil keputusan untuk melepaskan dia pergi tetapi masih ragu-ragu. Jangan khuatir. Bukan kau yang melafazkan kata-kata perpisahan itu. Dia telah mengambil keputusan untuk diri dia sendiri, sekarang peluang kau pula untuk mengambil tempat percaturan kau.
"Meeting you was fate, falling in love with you was beyond my control, but becoming your friend was a choice" - Anon
Insyallah, suatu hari nanti jika tali takdir emas antara kamu berdua melintas antara satu sama lain, mungkin hubungan kamu akan menjadi lebih baik daripada apa yang pernah ada. Insyallah
9 comments:
the memories gotta go. i don't want to keep it. it haunts me.
"When people walk away from you, let them go. Your destiny is never tied to anyone who leaves you"
I agree with this :)
new life begins~~~~~
Ruby: yeap. they gotta go. you need to make your move love
Syaza: kan syaza. let them go
Chekuduks: yeap a new chapter begins :)
sokong chekuduks...
chill...^^
samsudin amin: ahah!thanxx....
Sham: chilling :D
Post a Comment